Senarai keluarga Testudines

Terdapat empat belas keluarga dari order Testudines, iaitu salah satu order dari kelas reptilia yang umumnya digelar sebagai kura-kura, baning, tuntung, penyu dan labi-labi. Order Testudines terdiri daripada reptilia purba yang masih hidup, di mana tuatara adalah moyangnya yang lebih primitif. Terdapat hampir 300 spesies dan 97 genus Testudines, yang dipisahkan oleh dua kumpulan suborder: iaitu Kriptodira dan Pleurodira. Pemisahan dua kumpulan ini disebabkan cara mereka memasukkan kepala ke dalam cangkerang masing-masing. Pleurodira, mempunyai leher lebih panjang, dan melipatkan kepalanya ke sisi. Manakala Kriptodira pula memasukkan kepalanya ke dalam cangkerang dengan menggerakkan kepalanya ke hadapan atau ke belakang. Parakriptodira, satu lagi suborder Testudines yang telah pupus.[1][tiada dalam ayat yang diberikan][meragukan ]

Reptilia dikelaskan mengikut bentuk bukaan temporal fenestrasi (temporal fenestrae) pada bahagian tengkoraknya. Testudines diletakkan sebagai subkelas Anapsida kerana tiada bukaan lubang temporal fenestrasi.[2] Ada pendapat menyatakan ini hanyalah ciri-ciri sekunder dan patut diletakkan sebagai Diapsida.[3] Walaupun terdapat bukti, namun konflik pembahagian ini masih lagi diragui.[4][5][6] Testudines mempunyai cangkerang yang menjadikan ia berbeza daripada vertebrata lain. Cangkerangnya bukanlah rangka luar (exoskeleton), tetapi adalah tulang rusuk yang diubahsuai dan sebahagian daripada tulang belakang. Disebabkan oleh cangkerang, tulang pektoral dan girdel pelvis terletak di dalam sangkar rusuk. Tulang kakinya juga berubah bersesuaian dengan cangkerang.[1]

Kura-kura terawal diketahui dari fosil zaman Triasik awal. Fosil-fosil ini hampir sama dengan anatomi Testudines moden. Pada fosil terawal (kebanyakan dari genus Proganochelys), gigi tidak wujud, dan yang wujud adalah tulang mandibel berbentuk seperti paruh berkeratin. Perbezaan penting antara Proganochelys dan Testudines moden adalah kewujudan gigi palatal (tiada pada spesies moden), tidak boleh memasukkan kepala ke dalam cangkerang, dan kekurangan puli troklea pada anatomi rahang.[1]

  1. ^ a b c Pecor, Keith (2 March 2010). "Testudines". Encyclopedia of Life. Dicapai pada 26 June 2010.
  2. ^ Romer, A.S. (1933). Vertebrate Paleontology. University of Chicago Press. , 3rd ed., 1966.
  3. ^ Laurin, M.; Reisz, R. R. (1995). "A reevaluation of early amniote phylogeny". Zoological Journal of the Linnean Society. 113 (2): 165–223. doi:10.1111/j.1096-3642.1995.tb00932.x. (abstract)
  4. ^ Benton, M. J. (2000). Vertebrate Paleontology (ed. 2nd). London: Blackwell Science Ltd. ISBN 0-632-05614-2., 3rd ed. 2004 ISBN 0-632-05637-1
  5. ^ Zardoya, R.; Meyer, A. (1998). "Complete mitochondrial genome suggests diapsid affinities of turtles". Proc Natl Acad Sci U S A. 95 (24): 14226–14231. Bibcode:1998PNAS...9514226Z. doi:10.1073/pnas.95.24.14226. ISSN 0027-8424. PMC 24355. PMID 9826682.
  6. ^ Rieppel, O.; deBraga, M. (1996). "Turtles as diapsid reptiles". Nature. 384 (6608): 453–455. Bibcode:1996Natur.384..453R. doi:10.1038/384453a0.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search